Categories
SELANGOR

Kekal Adun Subang Jaya, Hannah Komited Selesai Kesesakan Lalu Lintas

hannah yeoh hari ibu 02

SUBANG JAYA, 18 MEI : Selepas dipilih sebagai Adun Subang Jaya buat penggal kedua, Hannah Yeoh terus komited berkhidmat kepada rakyat Subang Jaya dan menumpu kepada masalah kesesakan lalu lintas yang membelengu penduduk sejak sekian lama.

Ppembinaan sebuah stesen Laluan Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) yang dijangka siap dalam tempoh terdekat diharap dapat mengurangkan kesesakan dan melancarkan aliran trafik.

“Perancangan pertama ialah untuk memperbaiki masalah pengangkutan yang menyebabkan kesesakan lalu lintas kian meruncing di kawasan ini.

“Kita mensasarkan untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas dalam tempoh lima tahun.

hannah yeoh hari ibu 01?Ditambah dengan projek pembinaan LRT yang sedang dalam proses pembinaan diharap dapat dimanfaatkan oleh orang ramai dengan sebaik-baiknya,” katanya yang ditemui selepas sambutan Hari Ibu di Balai Masyarakat Bandar Sunway, di sini pagi tadi.

Tambahnya, beliau juga akan kerap mengadakan program turun padang untuk berjumpa dengan rakyat bagi mendengar masalah mereka untuk disuarakan di peringkat DUN dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Dalam sambutan itu, Hannah turut menyerahkan bunga kepada lebih 100 penduduk di sekitar kawasan itu selain beramah mesra dengan mereka sebagai tanda terima kasih terhadap sokongan yang diberikan.

Dalam PRU-13 yang lalu, Hannah mendapat undi sebanyak 40,366 menewaskan calon BN, Gan Meng Foo yang memperoleh 12,297 undi dengan majoriti 28,069 undi keseluruhannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.