Categories
SELANGOR

Kematian Nur Amyliana : Abdul Khalid Bincang Bersama MPK Dan Polis Untuk Tingkatkan Keselamatan

MB khalid lawat keluarga mangsa bunuh bukit tinggi klang 01

KLANG, 11 MEI : Satu perbincangan khusus akan diadakan dalam masa terdekat bersama Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan polis bagi meningkatkan keselamatan di beberapa kawasan Klang.

Menurut Adun Pelabuhan Klang, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, pihaknya juga akan mengadakan perjumpaan dengan pemaju perumahan bagi menyelesaikan masalah keselamatan di Klang.

“Kita mesti mencari jalan jangka pendek dan jangka panjang untuk mengatasi masalah ini.

“Sehubungan itu, saya bercadang minggu hadapan akan berjumpa dengan pemaju perumahan supaya saya dapat mengetahui tentang rancangan projek mereka dan bagaimana untuk melengkapkan kawasan ini supaya tidak berulang lagi kejadian seperti ini.

“Kejadian sedemikian bukan hanya memberi kesan buruk kepada penduduk di kawasan ini tetapi keseluruhan daerah Klang,” katanya selepas melawat keluarga Nur Amyliana Shuhada Mohd Noor, yang dirogol dan dibunuh kelmarin.

Mayat Nur AmylianaShuhada, 11, dijumpai di tempat letak kereta Lorong Batu Nilam 1E, Bukit Tinggi, Klang, kira-kira 200 meter daripada MB khalid lawat keluarga mangsa bunuh bukit tinggi klang 02rumahnya.

Sementara itu, jenazah Amyliana selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Selat Klang di sini pada pukul 11 malam tadi.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Senior Asisten Komisioner Mohamad Md. Yusop dipetik sebagai berkata, pihaknya menerima laporan bedah siasat daripada Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) semalam.

Sehingga kini dua lelaki, 19, dan 24, direman selama seminggu bagi membantu siasatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.