Categories
NASIONAL

Manifesto Chempaka Janjikan Rumah Mampu milik, Fasiliti Sukan, Program Warga emas

Iskandar manifesto chempaka 01

PANDAN INDAH, 1 MEI : Penyandang Dun Chempaka, Iskandar Abdul Samad mensasarkan 20 projek baik pulih pangsapuri dibawah Skim Ceria sekiranya diberikan mandat untuk terus berkhidmat pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Perkara ini merupakan antara 12 sasaran yang terkandung di dalam agenda lima tahun Manifesto Dun Cempaka 2013-2018.

“Ia melibatkan pangsapuri di Pandan Indah, Pandan Jaya dan Taman Dagang,” katanya pada satu sidang media di Pusat Tarbiyah Pandan.

Antara kandungan lain manifesto itu adalah :

* menambah bilangan rumah mampu milik tanpa menyisihkan penduduk tempatan.

* mewujudkan sebuah lagi perpustakaan komuniti di Pandan Indah seperti yang ada di Pandan Jaya.

* menambah dua dataran anak muda lengkap dengan gelanggang futsal dan sepak takraw di Taman Chempaka dan Taman Cahaya.

* membina perpustakaan awam.

* meningkatkan Pusat Wanita Berdaya di Pandan Mewah agar golongan wanita boleh meningkatkan kemahiran mereka selain membuka peluang perniagaan.

* program Prihatin Warga Emas dikembangkan ke empat lokasi lain iaitu di Kampung Baru Ampang, Pandan Indah, Pandan Jaya dan Taman Nirwana.  Program ini melibatkan kursus pembelajaran berkaitan agama, selain beramah mesra konsep ‘Day Care Centre’.

* membina lima pondok polis di lokasi kritikal dalam usaha mencegah jenayah dan akan diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Leave a Reply

Your email address will not be published.