Categories
NASIONAL

MB : Formula 4:3:3 Untuk Lantik Exco Selangor

MB-Lantik Exco Selangor 02

PELABUHAN KLANG, 19 MEI : Barisan Exco Selangor akan diwakili empat calon daripada PAS dan masing-masing tiga daripada PKR dan DAP.

MB-Lantik Exco Selangor 04

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata akan mengguna pakai formula 4:3:3: (PAS: DAP: PKR),sekaligus mengesahkan desas-desus yang akan berlaku perubahan dalam agihan perwakilan dalam barisan Exco Selangor.

Ia berikutan penguasaan PAS dan DAP yang masing-masing dengan 15 kerusi di DUN berbanding 14 kerusi oleh PKR pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) 5 Mei lalu.

Pada PRU 2008, PKR yang menang 15 kerusi DUN, DAP (13 kerusi) dan PAS (lapan kerusi) dengan barisan exco iaitu empat daripada PKR dan masing-masing tiga daripada DAP dan PAS.

MB-Lantik Exco Selangor 01

Abdul Khalid berkata senarai nama calon bagi mengisi barisan Exco diserahkan kepada DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Jumaat lepas termasuk senarai calon alternatif.

“Saya berikan senarai kepada baginda termasuklah beberapa nama alternatif bagi memberi peluang kepada baginda untuk melihat dan membuat pilihan.

Jika ada sebarang perubahan DYMM Baginda akan memanggil saya untuk diadakan perbincangan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Kesyukuran DUN Pelabuhan Klang di Pandamaran di sini, malam tadi.
Beliau yang juga Adun Pelabuhan Klang berkata upacara mengangkat sumpah Exco Kerajaan Negeri akan diadakan dalam tempoh dua minggu lagi.

Sementara itu, di Majlis Kesyukuran Pelabuhan Klang di Padang Taman Pandamaran Jaya hampir 5,000 rakyat datang menjamu selera bagi meraikan kemenangan Pakatan Rakyat dalam PRU-13 lepas.

MB-Lantik Exco Selangor 03

Leave a Reply

Your email address will not be published.