RON 95: Najib gagal tepati janji, biar rakyat terbeban

ron95SHAH ALAM, 4 SEPTEMBER – Kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak sekali lagi gagal menetapi janji sebelum pilihan raya umum ke 13 (PRU 13) apabila mengumumkan kenaikan harga minyak.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin berkata, kenaikan harga bahan bakar itu bakal memberi kesan jangka panjang kepada rakyat yang turut berdepan kenaikan harga barangan keperluan.

Menyatakan Perdana Menteri itu pernah berjanji tidak menaikkan harga minyak selepas PRU 13, beliau berkata, kenaikan itu tentu membawa kesan negatif berpanjangan kepada sosio-ekonomi rakyat.

‘Ia akan menyebabkan bebanan jangka panjang kepada rakyat.”Change effects” juga akan berlaku yang menyebabkan kos pengangkutan naik hingga air kopi juga akan naik seterusnya menyebabkan sosio-ekonomi rakyat berubah,’jelasnya.

Bercakap kepada TV Selangor, Sim berkata, polisi menaikkan harga minyak menunjukkan Najib terdesak melindungi kepentingan kroninya sedangkan bebanan itu ditanggung rakyat.

“Najib memihak kepada kroninya seperti Independent Power Producer (IPP) dan sebagainya menyebabkan rakyat sengsara tetapi sektor korporat mendapat keuntungan.

“Ini berbeza dengan Pakatan. Kita ada polisi lebih baik untuk menurunkan harga minyak. Jika kita diberi peluang untuk mentadbir pada PRU lalu, kita akan gunakan alternatif itu,”katanya.

– FZL

Leave a Reply

Your email address will not be published.