Categories
NASIONAL

BN main ‘silap mata’, janji turun tol dalam Manifesto PRU-13 ‘ghaib’

Oleh : NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM 17 DIS: Gara-gara gagal melaksanakan janji menurunkan kadar tol antara bandar seperti mana dalam Manifesto Barisan Nasional (BN) ketika menghadapi Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) lalu, BN mula bermain ‘silap mata’ dengan ‘menghilangkan’ manifesto mereka yang sebelum ini dipaparkan di laman sesawang www.barisannasional.org.my.

Di muka surat 12 di bawah perkara ‘Pembangunan Infrastruktur Bertaraf Dunia dan Transformasi Luar Bandar’ manifesto bertajuk ‘Rakyat Didahulukan – Menepati Janji, Membawa Harapan’ itu menjanjikan untuk mengurangkan bayaran tol antara bandar secara berperingkat.

jemplus‘Kehilangan’ itu dipercayai mempunyai kaitan dengan pengumuman kerajaan untuk menaikan kadar tol antara 50 sen hingga RM2 bermula 1 Januari tahun hadapan, bertentangan dengan janji menurunkan kadar tol seperti mana terkandung dalam manifesto itu.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, berkata ini membuktikan BN ketika merangka manifesto itu sememangnya tiada niat untuk melaksanakan janji mereka.

“BN sebenarnya tidak niat atau rancangan pun hendak laksanakan tetapi terpaksa menciplak manifesto Pakatan Rakyat (PR) bagi menyaingi PR dan menunjukkan kononnya mereka tidak terpisah dengan rakyat; jadi saya kira rakyat boleh lupakan janji lain BN dalam manifesto mereka.janji_dicapati

“Itu cuma taktik mereka untuk raih undi dan hari ini baru tujuh bulan menang pilihan raya, terbukti, bukan kata turunkan tol malah BN naikkan lagi,” kata Rafizi ketika dihubungi Selangor Kini hari ini.

Keadaan ini berbeza dengan Manifesto PRU-13 PR yang bertajuk ‘Harapan Rakyat – Pakatan Harapan Rakyat’ yang setiap perancangan dasar baru yang menguntungkan rakyat disertakan dengan plan perlaksanaan terperinci.

Rafizi1-179x300Kata Rafizi lagi, BN patut malu dengan tindakan mereka sebelum ini yang mendakwa Kerajaan PR Selangor tidak menunaikan manifesto Pilihan Raya Umum ke 12 pada 2008 lalu.

“Dahulu mereka kecoh nak saman Kerajaan Selangor pasal manifesto tetapi sekarang dengan menggunakan hujah BN sendiri, BN patut redha kalau ada rakyat yang mahu menyaman mereka,” kata beliau lagi.

-EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.