Categories
KENYATAAN MEDIA

Kejatuhan ranking universiti Malaysia harus dipandang serius

dr arif bahardinKebebasan akademik adalah jawapannya. Mengulas mengenai kejatuhan ranking Universiti Teknologi MARA, saya merasakan tidak cukup sekadar menubuhkan jawatankuasa untuk memantau dan memperhalusi permasalahan ini (seperti yang dicadangkan oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tan Sri Prof Dr Ibrahim Abu Shah).

Hakikatnya negara sudah memiliki Majlis Profesor Negara dan pernah mempunyai satu Kementerian khusus untuk mengawal selia mengenai institusi pengajian tinggi di Malaysia sebelum ini.

Kejatuhan ranking universiti-universiti ini harus dipandang serius kerana ia melibatkan imej dan maruah institusi negara kita, lebih–lebih lagi sebagai satu-satunya universiti bumiputera di negara ini. Dari 800 universiti terbaik dunia UiTM berada dalam tangga ke 700, jatuh 100 anak tangga.

Sejak termaktubnya Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971, autonomi universiti dirampas dan sektor akademia negara ini telah cuba dikawal dan diatur oleh pemerintah.

kontinjenHasilnya kita dapat lihat hari ini bahawa sistem yang sedia ada gagal menempatkan universiti–universiti kita setaraf dengan universiti terkemuka di serata dunia. Sudah tiba masanya satu reformasi pendidikan dilaksanakan.

Reformasi pendidikan haruslah dimulakan dengan asas untuk memartabatkan kebebasan akademik di universiti–universiti.

Autonomi universiti harus dikembalikan. Pelajar dan pensyarah harus dikembalikan fokus mereka kepada usaha untuk mencapai kecemerlangan di dalam akademia sebagai contoh penyelidikan dan inovasi.

Sudah lebih 40 tahun, universiti kita dibungkam dengan peraturan dan telunjuk orang politik, sudah tiba masanya kita mengembalikan autonomi universiti dan mengangkat kebebasan akademik sebagai medium untuk menyelamatkan dan memulihkan imej dan standard universiti kita di mata dunia.

YB Dr Afif Bahardin
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Pulau Pinang
Merangkan Ahli Dewan Undangan Negeri Seberang Jaya

Leave a Reply

Your email address will not be published.