Categories
SELANGOR

Masyarakat diseru amal kitar semula

Oleh : Norhayati Umor

KLANG 9 DIS : Dalam usaha mendidik masyarakat berhubung kepentingan kitar semula sisa domestik, Majlis Perbandaran Klang (MPK) mengambil inisiatif menganjurkan bengkel kitar semula baja kompos untuk pendedahan kepada orang awam, baru-baru ini.

baja kompos 1Program Bengkel yang diadakan itu adalah salah satu Program Local Agenda (LA) 21 Sosial Dan Ekonomi MPK yang diketuai ahli majlis, Jamuliddin Elias dengan kerjasama Zainab Enterprise Sdn Bhd.

Program itu disertai oleh kira-kira 33 peserta bertujuan untuk memberi manfaat kepada peserta terutama mengurangkan lebih 50 peratus sampah ke tapak pelupusan di mana ia membantu pengurangan penjanaan ‘greenhouse gas’ yang akan melibatkan perubahan cuaca kepada bumi.

Pengarah Jabatan Komunikasi Dan Pengaduan Awam MPK, Norfiza Mahfiz, berkata amalan kitar semula dapat mengurangkan kos operasi pelupusan sampah dan Norfiza-Mahfiz-(MPK)digunakan semula untuk menghasilkan kompos yang lebih mesra alam sebagai baja organik untuk landskap dan tanaman di rumah.

Katanya, masyarakat perlu diberi kesedaran dan pendedahan berhubung kepentingan kitar semula terutama sisa domestik bagi kesejahteraan kehidupan.

“Kompos terbabit dapat diguna semula bagi aktiviti penanaman di kawasan kediaman dan kesannya alam sekitar bebas daripada bahan kimia yang menjejaskan kesihatan manusia dan haiwan khususnya.

“Sehubungan itu, program itu juga secara tidak langsung mengurangkan sampah yang di buang oleh penduduk dan pembuatan baja kompos boleh meminimumkan kos perbelanjaan yang ditanggung MPK dalam pengurusan sampah,” katanya kepada Selangor Kini.

Program itu dirasmikan oleh Exco Hal Ehwal Islam, Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Desa, Sallehen Mukhyi.

-EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.