Categories
NASIONAL

Umum 11 langkah penjimatan tapi ‘bakar’ RM15 juta wang rakyat

Oleh Lizawati Madfa

SHAH ALAM 31 DIS: Peruntukan RM15 juta oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk sambutan ambang tahun tahun 2014 melampau dan tidak masuk akal.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Suee Lim berkata pembaziran itu tidak boleh diterima ketika ramai rakyat terhimpit untuk ‘cari makan’ dan terbeban dengan kos persekolahan.

Katanya, pengumuman itu juga tidak selari dengan kenyatan Datuk Seri Najib Razak yang kononnya sentiasa mendahulukan rakyat melalui perbelanjaan berhemah walaupun berboros jutaan ringgit.

najib n“Tidak perlu Najib umumkan 11 langkah berjimat cermat itu andai untuk satu malam sahaja sudah boleh ‘bakar’ wang pembayar cukai sampai berjuta-juta, bukan dua tiga ringgit.

“Kalau mahu sambutan secara besar-besaran pun RM1 juta pun meriah sangat dah, tidak perlu sampai RM15 juta.

“Kalau RM15 juta ini ikut pengumuman langkah jimat cermat Najib iaitu pemotongan elaun tol Pegawai Jusa C RM 50, berapa lama hendak kumpul baru boleh dapat balik RM15 juta?” katanya kepada Selangor Kini.

Beliau diminta mengulas pengumuman DBKL baru-baru ini bahawa kos peruntukan disediakan pada tahun ini untuk sambutan tahun baru ialah RM15 juta.

Suee Lim meminta amalan sekian lama pada sambutan tahun baru itu diubah agar wang pembayar cukai tidak disia-sia atas perkara yang tidak membawa pulangan berfaedah.

“Di Selangor, tidak perlu habis berjuta-juta walaupun Selangor banyak rizab, cukup sekadar sambutan sederhana tetapi meriah dengan hadirin pelbagai lapisan masyarakat.

dbkl“Bukan seperti DBKL yang setiap tahun perbelanjaan defisit tapi masih mahuberhabis RM15 juta untuk satu malam.

“Sampai masa kita ubahlah sikap demi rakyat yang ramai lagi susah, apalagi menjelang 2014,” katanya lagi.

– FZL

Leave a Reply

Your email address will not be published.