Categories
NASIONAL

Petronas bayar 90% lebih tinggi saham Progress Energy berbanding harga sebenar

Oleh : AFIX REDZUAN

PETALING JAYA 20 DIS: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa Petronas membayar harga saham satu kali ganda lebih tinggi dalam urusan pembelian saham Progress Energy dan harga saham mereka kekal stabil pada jumlah C$11, bermula tahun 2008.

Sejumlah C$22 ditawarkan kepada mereka untuk pembelian berkenaan yang menyaksikan jumlah itu 90 peratus lebih mahal daripada harga terakhir ketika saham itu diniagakan.

rafizi-TI-01Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, berkata harga saham Progress Energy hanya melonjak satu kali ganda selepas Petronas mengumumkan akan membayar dengan harga begitu tinggi.

Beliau yang juga bekas akauntan Petronas berkata, tambah mengelirukan apabila penambahan harga dibuat Petronas atas alasan terdapat satu lagi ‘syarikat misteri’ yang turut menawarkan harga tinggi.

“Bloomberg melaporkan Petronas menawarkan untuk membeli saham Progress Energy pada harga C$22 satu saham, iaitu 90 peratus lebih mahal daripada harga terakhir saham itu diniagakan di pasaran menurut laporan bertarikh 27 Julai 2007.

“Identiti syarikat ini adalah rahsia dan sehingga kini menjadi tanya syarikat mana yang menyebabkan Petronas menaikkan tawaran sehingga membayar harga begitu tinggi,” katanya dalam satu sidang media, di sini, hari ini.

Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan berkata, persoalan itu ditimbulkan tetapi harga gas di Amerika Utara jatuh menjunam.

Katanya, harga saham Progress Energy tidak menunjukkan perubahan dan berada pada kadar C$11 ketika harga gas melonjak tinggi sekitar tahun 2008 hingga 2010.

Katanya, lebih mengejutkan apabila syarikat besar dunia seperti Shell turut menarik diri daripada membida kerana harga yang ditawarkan syarikat misteri itu dilaporkan terlalu rendah berbanding tawaran harga Petronas.

Justeru, Rafizi akan menulis satu laporan lengkap kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan mantan Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Time Press (NSTP), Datuk A Kadir Jasin supaya dapat membantu mendapatkan penjelasan Petronas dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.