Categories
NASIONAL

A Samad Said terima anugerah NGO pendidikan Cina

SHAH ALAM 10 DIS : Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said dipilih sebagai penerima Anugerah Semangat Lim Lian Geok, anugerah berprestij dalam bidang pendidikan Cina yang akan disampaikan pada 15 Disember ini di Kuala Lumpur.

Anugerah kali ke-26 yang dinamakan sempena tokoh pendidikan Cina terkenal sebelum kemerdekaan itu jarang-jarang diberi kepada orang Melayu, lapor Malaysia Kini.

Menurut kenyataan penganjur Pusat Pembangunan Kebudaayaan, Lim Lian Geok, A Samad Said dipilih kerana terkenal sebagai pejuang sastera yang berani tampil mempertahan hak bahasa ibunda dan tidak jemu-jemu merancakkan gerakan reformasi rakyat.

Beliau yang mesra dengan panggilan Pak Samad pernah memimpin gerakan mansuh sistem pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

A.SAMADSAID_141113_TMIAFIF_002_360_240_100Pencalonan Samad dicadangkan oleh aktivis, Dr Wong Chin Huat.

Anugerah Semangat Lim Lian Geok mula dianjurkan pada 18 Disember 1988.

Sepanjang tempoh itu, seramai 55 tokoh dan 25 organisasi diberi pengiktirafan.

Ia bertujuan mengiktiraf individu atau organisasi yang berjasa mendorong ke arah pengekalan dan pelestarian kebudayaaan etnik dan kelangsungan bahasa ibunda.

-EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.