Categories
SELANGOR

Selangor optimis selesai penstrukturan industri air

Oleh : Afeeqa Afeera

SHAH ALAM, 9 DIS : Kerajaan Selangor berpandangan positif terhadap pengstrukturan semula industri air di Selangor akan dimuktamadkan dalam tempoh terdekat.

IMG_7897Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata perbincangan kini adalah tertumpu untuk menyelesaikan isu yang dibangkitkan Puncak Niaga dan pemilik saham Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) berhubung pengambilalihan itu.

“Kita rasa optmistik tentang penyelesaiannya apabila penyusunan semula diterima oleh kedua-dua pihak,” kata Abdul Khalid dalam sidang media selepas merasmikan Perhimpunan Bulanan Jabatan Kerajaan Negeri di Dewan Jubli Perak, hari ini.

Kerajaan Selangor sebelum ini mengambil keputusan untuk membenarkan Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) membuat tawaran bernilai RM9.65 billion bagi memulakan proses pengambilalihan syarikat-syarikat konsesi air.

air-syabas_MBaSurat tawaran kepada Syabas, Puncak Niaga, Konsortium Abass Sdn Bhd dan Syarikat Pengeluar Air Selangor Holding (Splash) akan dikeluarkan secara rasmi sudah dikeluarkan KDEB.

Pengambilalihan ini adalah di antara usaha untuk mengembalikan hak air kepada rakyat Selangor.

Hasil daripada pengambilalihan ini akan memberi kesan penting terhadap kehidupan rakyat dimana rakyat akan terus menerima kemudahan air percuma 20 meter padu dan tidak akan terperangkap dengan kadar tarif air yang tidak adil serta membebankan.
-EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.