Categories
NASIONAL

Siaran langsung Forum Bebaskan Media malam ini

KUALA LUMPUR 27 DIS: Forum Bebaskan Media yang menggabungkan penggerak portal berita utama di negara ini berlangsung jam 8.30 malam ini di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor (KLSCAH).

Panelis ialah Steven Gan dari Malaysiakini, V Anbalagan (The Malaysian Insider), G Vinod (Free Malaysia Today), Ronasina (Penerbit bebas), Masjaliza Hamzah (Pusat Kewartawanan Bebas atau CIJ) dan Hata Wahari (Reporters Without Borders atau RSF).

Forum anjuran Gerakan Media Marah (Geramm) itu turut disiarkan secara langsung menerusi tvselangorku.com, selain Ubah TV dan Radio Bangsar.bebas media - Copy

Antara isu dijangka disentuh ialah keganasan terhadap pengamal media pada Bersih 3.0, masalah permit penerbitan, kawalan Akta Mesin Cetak & Penerbitan dan penggantungan akhbar mingguan The Heat.

Forum itu anjuran GERAMM yang ditubuhkan sekumpulan wartawan dan editor yang lantang memperjuang kebebasan media rentetan isu penggantungan The Heat baru-baru ini.

Geramm turut melancarkan kempen memakai baju merah pada setiap hari Jumaat, simbolik memperjuang kebebasan maklumat, selain kempen tandatangan petisyen secara online.

Maklumat berhubung aktiviti GERAMM boleh diikuti melalui facebook dan twitter.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.