Categories
SELANGOR

Polis Bantuan tetap perlu walaupun pasang 1,000 CCTV

OLEH : AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 14 DIS: ADUN Pakatan Rakyat (PR) Selangor mengalu-alukan cadangan Polis untuk memasang kira-kira 1,000 kamera litar tertutup (CCTV) di seluruh negeri itu bagi membendung peningkatan kadar jenayah disamping mempertingkatan tahap keselamatan awam.

Adun Taman Medan, Haniza Talhanizaha, berkata beliau berharap pihak Kerajaan Pusat membenarkan penubuhan polis bantuan di pihak berkuasa tempatan (PBT).

Katanya, beberapa agensi swasta mudah untuk mendapatkan lesen perkhidmatan polis bantuan dan sepatutnya sebuah Kerajaan Negeri diberikan peluang sama dalam membantu mempertingkatkan keselamatan awam dari jenayah.

“Permohonan negeri untuk mengadakan polis bantuan perlu dipertimbangkan sebab Negeri Selangor sendiri sudah ada kemampuan untuk melaksanakan, hanya kelulusan Bukit Aman masih belum diperolehi.

“Kalau agensi swasta boleh diberikan kebenaran, kenapa sebuah kerajaan negeri nak mohon polis bantuan tidak diluluskan, apa alasannya?,” kata Haniza ketika dihubungi Selangor Kini.

Haniza berkata pemasanagn CCTV itu perkara ini baik untuk membendung kadar jenayah khususnya di negeri ini.

cctv mdkl2“Kalau pertambahan unit CCTV dipasang oleh pihak PDRM memandangkan memang pihak bertanggungjawab saya rasa itu akan membantu penurunan kadar jenayah di Negeri Selangor.

“Cuma kita nak tahu berapa lama tempoh pemasangan tersebut,” tambahnya lagi.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam satu kenyataan kepada media memaklumkan, polis akan memasang di antara 500 hingga 1,000 kamera litar tertutup (CCTV) di seluruh Selangor pada tahun depan.

Setakat ini, terdapat 666 CCTV sudah dipasang di lokasi strategik 15 daerah di negeri Selangor sejak tahun lalu.

yb-amiruddin-saaricroplg2Adun Batu Caves, Amirudin Shari, berkata CCTV merupakan satu keperluan di beberapa kawasan dan lokaliti yang kerap berlaku jenayah pada lewat waktu malam dan menyebabkan cermin kereta dipecahkan seperti di kawasan pasar borong.

“Saya ingat ia perlu diletakkan di tempat awam bagi memantau jenayah dalam Negeri Selangor terutama jenayah jalanan yang pengurangannya masih sedikit.

“Kita jua berharap tidak menghalang kebebasan rakyat seperti mana yang terdapat di dalam Perlembagaan.

“Saya harap ia digunakan dengan cara yang betul untuk pengesanan jenayah dan mereka-mereka yang menyusahkan serta membawa kerosakan kepada orang lain,” kata beliau.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.