Categories
NASIONAL

Jadikan Kem Tahanan ISA Kamunting tarikan pelancong TMM 2014

Oleh: Mohd Ezli Mashut

SHAH ALAM 15 JAN: Kerajaan Pusat disarankan agar menjadi Kem Tahanan Kamunting di Taiping yang sebelum ini menempatkan tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) agar dijadikan pusat tarikan pelancong sempena Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2014.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian, berkata cadangan itu sebagai memperingati terhadap kezaliman yang berlaku dalam memenjarakan seseorang tanpa bicara secara adil untuk pengajaran generasi masa depan.

kem-kamunting-Katanya, Kerajaan Pusat boleh mengambil contoh seperti Buchenwald (Jerman), kem penyeksaan itu menjadi tempat peringatan bagi rakyat Jerman dan seluruh dunia bagi memperingati sejarah kekejaman Nazi.

“Sehingga kini Kem Konsentrasi Buchenwald sudah menerima berjuta pelawat seluruh dunia dengan tarikan multimedia dan papan tanda serta pameran realistik yang semestinya menjana pendapatan kepada industri pelancongan Jerman,” kata Loy Sian.

Katanya, kem penyeksaan itu ditutup pada 1945 selepas berakhirnya Perang Dunia Kedua dan dibuka kepada umum sebagai tempat peringatan kepada keluarga mangsa, pencinta hak asasi, demokrasi dan kesan sejarah yang bernilai kepada rayat Jerman dan kepada masyarakat dunia.

Seramai 1100 tahanan mati di tempat tersebut termasuk kanak-kanak. Mereka mati akibat daripada tiada makanan, kesejukan dan sakit denga lebih kurang 75 tahanan mati setiap hari.

hee loy sian komen 01Beliau berkata, isu pelaksanaan kembali ISA oleh bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak perlu dilayan.

“Kita harus terus sama-sama dalam satu rumpun memerangi sebarang pecabulan hak asasi terutama sekali dalam kes tahanan tanpa bicara,” kata beliau.

Loy Sian berkata, negara sudah cukup dengan akta yang digubal bagi mendakwa seseorang itu bukannya dengan cara menuduh dan memenjarakan seseorang itu dengan alasan, “kita sudah punya bukti yang kukuh”.

Katanya, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA), yang menggantikan ISA juga diangap sebagai sebuah akta yang pada beberapa peringkat lebih zalim daripada ISA.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.