Categories
SELANGOR

PKNS setuju lanjut tempoh permohonan pembelian rumah Bukit Botak

Oleh : LIZAWATI MADFA

SELAYANG 7 JAN: Pembeli rumah berkembar di Bukit Botak yang tidak lulus pinjaman bank sebelum ini masih berpeluang untuk memohon kembali pinjaman berkenaan.

Ahli Parlimen Selayang, William Leong, berkata Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) juga bersetuju untuk memanjangkan tempoh permohonan pembelian rumah berkenaan.

William berkata, langkah itu juga adalah salah satu inisiatif diambil kerajaan negeri bagi membantu pembeli memiliki rumah yang siap dibina, pada 2013.

William “Kita faham kebanyakan pembeli menunggu lebih 26 tahun untuk memiliki rumah, sehingga mereka menjadi warga emas dan tidak bekerja lagi.

“Hasil perbincangan juga mendapat kerjasama baik apabila pihak bank bersetuju untuk mempertimbangkan permohonan pembeli melalui anak atau waris mereka dengan beberapa syarat yang harus dipenuhi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Majlis Dialog Bersama Penduduk berhubung masalah pembelian rumah PKNS Bukit Botak yang diadakan di Dewan Selayang Utama, di sini, pada 4 Januari lalu.

Pada sesi dialog yang turut dihadiri wakil Bank Islam itu, pembeli dicadangkan untuk melakukan permohonan bersama anak mereka yang bekerja dengan gaji tidak kurang daripada RM2,000 sebulan.

Bukit BotakMereka juga perlu melampirkan bersama penyata akaun bank bagi tiga bulan terakhir, slip gaji tiga bulan terakhir, penyata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan salinan surat tawaran.

Projek pembinaan rumah berkembar di Bukit Botak diambil alih kerajaan selepas puluhan tahun gagal diselesaikan kerajaan BN sebelum ini, pada September 2010.

Bertempat di tanah seluas kira-kira 42.5 hektar, ia menempatkan 1,422 unit rumah berkembar satu tingkat berharga RM99,000 seunit bagi unit biasa.

Sehingga kini, kira-kira 100 pembeli berjaya membeli rumah dengan bayaran tunai, manakala lebih 100 pula berjaya mendapatkan pinjaman bank sementara baki lebih 1,100 pembeli masih lagi tidak berjaya mendapatkan pinjaman bank.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.