Categories
SELANGOR

Rakyat perlu waspada anasir jahat untuk timbul ketegangan

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 30 JAN: Rakyat Selangor dinasihat supaya tidak mudah terpedaya dengan sebarang anasir jahat yang sengaja ditimbulkan sesetengah pihak bagi mewujudkan ketegangan dan rasa tidak percaya di kalangan masyarakat.

Exco Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita, Rodziah Ismail, berkata rakyat juga perlu sentiasa berwaspada dengan mainan ahli politik yang sengaja ditimbulkan untuk memecah-belahkan keutuhan dan kesejahteraan rakyat.

Beliau berkata, kematangan rakyat untuk menilai dengan betul dan tepat menjadi asas kepada sistem demokasi tulen ke arah masyarakat yang saling menghormati antara satu sama lain.

rodziah“Ia menuntut supaya rakyat faham dan jelas berkenaan sesuatu itu, bukan mengikut sahaja apa yang disogokkan kepada mereka melalui kaca televisyen, radio dan akhabar arus perdana.

“Rakyat seharusnya tidak membenarkan anasir jahat itu mengawal, memperlaku dengan sewenang-wenangnya dan memperkosa apa yang menjadi hak serta milik mereka selama ini,” katanya dalam satu kenyataan media, di sini, hari ini.

Beliau berkata, kemajuan ke arah meningkatkan kefahaman dalam perbezaan antara masyarakat adalah jaminan kepada kelangsungan suasana aman dan terpeliharanya kesejahteraan di kalangan rakyat.

Katanya, rakyat juga kini lebih bijak menilai erti demokrasi dan ketelusan serta utuh memelihara keamanan walaupun berbeza fahaman agama serta kaum.

“Semoga menjadi budaya rakyat, saling ingat-mengingati untuk berlaku adil dan waras dalam isu yang ditimbulkan supaya semuanya menuju ke arah saling memahami dengan lebih baik antara satu satu sama lain daripada perspektif adat, tradisi, budaya juga agama,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.