Categories
NASIONAL

Rakyat tidak mahu ISA dikembalikan

Oleh: Mohd Ezli Mashut

SHAH ALAM 12 JAN: Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sudah tidak relevan lagi, dan isu itu tidak perlu dibangkitkan lagi, kata Adun Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin.

Beliau berkata rakyat yang berfikiran waras tidak mahu akta drakonian tahanan tanpa bicara itu dikembalikan di negara ini.

anti-isaKatanya, ISA merupakan satu akta zalim dan tidak berperikemanusiaan kerana menahan individu itu tanpa bicara sehingga 60 hari.

“Sampai bila Malaysia perlu kembali berpatah balik sedangkan negara lain kian maju ke depan, negara dunia kelas pertama membuktikan kebebasan bersuara dapat menjamin titik perubahan kepada negara.

“Sebagai negara membangun, sudah tiba masanya untuk kita pandang ke depan dan memberi ruang sama rata kepada rakyat untuk bersuara,” kata Dr Bahardin dalam satu kenyataan media.

Dr AfifBeliau berkata, rakyat dahagakan pasukan polis yang cekap, amanah dan telus dan mampu berikan lindungan keselamatan kepada rakyat.

“Saya menyangkal kenyataan mengatakan tidak pernah ada demonstrasi yang betul-betul aman, sedangkan dapat kita lihat contoh jelas bahawa Himpunan Kebangkitan Rakyat merupakan salah satu demonstrasi aman yang berjaya.

“Rakyat hari ini gusar dan khuatir dengan situasi jenayah dan keselamatan yang meruncing. Kepercayaan rakyat terhadap PDRM semakin hari semakin tipis akibat kepincangan, penyelewengan dan rasuah membarah di dalam pasukan Polis,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.