Oleh: Remy Arifin
PETALING JAYA 18 FEB: Adun Bukit Gasing, Rajiv Rishyakaran memberikan sumbangan bagi kerja-kerja mengecat Sekolah Kebangsaan Sri Damai untuk memperindahkan kawasan sekolah itu baru-baru ini.
Projek itu yang bermula 2 Januari dan siap sepenuhnya berakhir pada 23 Januari dengan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) turut sama memberikan sumbangan cat bagi kerja-kerja kecerian itu.
Projek yang menelan belanja RM19,964.00 juga telah dikeluarkan melalui tender terbuka oleh Pejabat Daerah Petaling pada awal disember 2013.
Wakil PIBG Sekolah Rendah Damai, Mohd Dzahir Samsudin, berkata beliau mengucapkan terima kasih kepada pihak ADUN dan MBPJ kerana berusaha memperindahkan kawasan sekolah itu.
Katanya, usaha ini perlu digalakkan kerana penjagaan dan kecerian sekolah akan membantu para pelajar memberikan semangat datang ke sekolah.
EZY