Categories
SELANGOR

Anwar: Kajang diberi perhatian khusus, perbaiki prasarana

Oleh: Norhayati Umor

PETALING JAYA 18 FEB : Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan meminta Institut Rakyat supaya membuat kajian perbandingan khusus dibuat serta merta untuk mengkaji amalan terbaik yang boleh digunakan bagi menangani masalah di Kajang.

Beliau berkata berdasarkan kajian ke atas 361 responden, baru-baru ini mendapati sebanyak 42 peratus merujuk kepada isu keselamatan dan jenayah.

AnwarIa diikuti dengan masalah kesesakan lalu lintas (38 peratus), pengurusan sampah dan kebersihan (30 peratus), masalah sosial (20 peratus) dan bantuan golongan berpendapatan rendah (16 peratus).

Selain itu, pengurusan penjaja dan peniaga kecil (12 peratus) dan perkhidmatan Majlis Perbandaran Kajang (11 peratus).

“Dalam kaji selidik ini, saya berpeluang mendekati penduduk Kajang sejak beberapa minggu yang lalu untuk mendengar sendiri masalah dan harapan mereka.

“Dalam kajian ini kita mengenal pasti isu setempat yang wajar mendapat pembelaan dan saya berpuas hati dengan maklum balas ini,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR, di sini.

Anwar berkata hasil kajian itu akan dibentangkan dan dibincangkan bersama penduduk dan semua pihak bagi menjadikan Kajang selamat, bersih dan lancar.

kajang usul“Begitu juga dengan isu nasional seperti kenaikan harga barang, peluang pekerjaan dan perumahan yang diluar kemampuan rakyat dan gaji yang tidak meningkat memerlukan pembelaan berterusan.

“Kita juga boleh membantu melonjakkan Dun Kajang selain masalah prasarana yang perlu diberi perhatian,” katanya.

Beliau berkata tindakan segera akan dilakukan selepas kajian itu selesai.

“Saya akan terus mendekati penduduk Kajang untuk berbincang mengenai harapan dan kaedah yang boleh digunakan untuk selesaikan masalah ini kerana cara yang terbaik ialah dengan melibatkan masyarakat setempat,” katanya.

EZY

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.