Categories
SELANGOR

Exco: Penstrukturan air kejayaan Selangor perjuang hak kebajikan rakyat

Oleh : Lizawati Madfa

SHAH ALAM 28 FEB : Kejayaan penstrukturan semula industri air di Selangor membuktikan Kerajaan Negeri sentiasa komited memperjuangkan hak dan kebajikan rakyat.

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali, berkata usaha mengambil alih syarikat konsesi juga dibuat secara konsisten sejak tahun 2008 lagi.

air MBKatanya, kerajaan pusat yang sebenarnya berdolak-dalik sepanjang rundingan diadakan sebelum akhirnya mengambil keputusan memeterai perjanjian Memorandum Persefahaman (MoU) dengan kerajaan negeri.

“Kita memang bersedia sejak enam tahun lalu, kerajaan persekutuan yang selama ini tidak berapa mahu.

“Malah, kita juga kekal sejak awal dengan tawaran RM 9.65 billion kepada syarikat-syarikat konsesi,” katanya sejurus selesai menghadiri solat hajat di Dataran Kemerdekaan Shah Alam di sini pagi tadi.

Air MB1Semalam, kerajaan pusat dan kerajaan negeri menandatangani MoU bagi membolehkan kerajaan negeri mengambil alih ekuiti empat syarikat konsesi; iaitu Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB), Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (Splash), dan Konsortium ABBAS Sdn Bhd (Abbas).

Proses pengambilalihan dijangka selesai dalam masa tiga bulan dengan keempat-empat syarikat konsesi diletakkan dalam satu konsortium air yang diterajui Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB).

MoU berkenaan ditandatangani Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili dengan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Detik bersejarah itu turut disaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin serta beberapa Menteri Kabinet dan Exco Selangor.

Abdul Khalid dalam satu kenyataan semalam menegaskan pengambilalihan hanya melibatkan pegangan ekuiti serta tangggungjawab sahaja dan tidak melibatkan pemberhentian kakitangan bukan pengurusan.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.