Categories
SELANGOR

Kes Denggi meningkat, MBSA gesa masyarakat amal gotong royong

Oleh: Lizawati Madfa

SHAH ALAM 11 FEB : Dalam usaha meningkatkan kesedaran dan pendidikan terhadap penjagaan kebersihan dan pencegahan demam denggi di kalangan warganya, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) kini bergiat aktif menganjurkan program gotong-royong.

Timbalan Pengarah Korporat MBSA, Shahrin Ahmad, berkata program berkenaan juga bertujuan bagi mendidik masyarakat untuk berkerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) khususnya dari segi aktiviti pembersihan kawasan kediaman mereka.

gotong-royong4Katanya, masyarakat juga secara tidak langsung akan terdidik dengan sikap lebih bertanggungjawab berhubung kebersihan kawasan sekitar kediaman khususnya di kawasan perumahan bertingkat.

“Program ini merupakan inisiatif pihak MBSA bagi mewujudkan budaya bersih bagi melahirkan sebuah bandar raya yang indah, nyaman dan sejahtera.

“Melalui program gotong royong, penduduk bukan sahaja berpeluang merasai suasana kawasan perumahan yang bersih, malah merapatkan jurang di antara penduduk setempat dengan MBSA,” katanya dalam satu kenyataan.

MBSAAntaranya, Shahrin berkata baru-baru ini, MBSA melalui Bahagian Pesuruhjaya Bangunan (COB) dengan kerjasama Badan Pengurusan Bersama Rumah Pangsa Kos Rendah Taman Subang Perdana dan Rumah Pangsa SP3, Seksyen U3, Shah Alam mengadakan program gotong royong bersama-sama penduduk membersihkan kawasan perumahan mereka.

“Selain daripada aktiviti pembersihan, turut diadakan ialah pemeriksaan kebersihan gerai makanan serta aktiviti cantasan pokok.

“Kita turut menganjurkan pendidikan mencegah dan mendidik masyarakat tentang bahaya demam denggi melalui aktiviti pameran yang disediakan oleh Jabatan Perkhidmatan Bandar, MBSA,” katanya lagi.

Turut serta dalam aktiviti gotong royong tersebut adalah Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan bersama pengarah-pengarah jabatan MBSA.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.