Categories
SELANGOR

Khalid: Tiba PRK, baru BN sedar Hospital Kajang berusia 125 tahun?

Oleh : NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM 24 FEB: Cadangan Kerajaan Pusat mahu menggantikan bangunan Hospital Kajang berusia 125 tahun membayangkan sikap Kerajaan BN menganggap projek pembangunan kemudahan rakyat untuk memancing undi.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, berkata sekiranya Kerajaan BN memikirkan kesejahteraan rakyat, mereka sepatutnya memulakan projek ini sejak dahulu lagi sebelum bermulanya musim Pilihan Raya Kecil DUN Kajang.

khalid samad 3“Ini menyebabkan rakyat mempertikaikan keikhlasan Kerajaan Pusat kerana sebelum ini kerajaan bukan tidak tahu tetapi tak nampak perlunya adakan projek sebegitu rupa.

“Ini menunjukkan sikap kurang profesional dengan menganggap projek untuk memancing undi, bukankerana bertanggungjawab dan tugas yang perlu dilaksanakan,” kata Khalid ketika dihubungi Selangor Kini hari ini.

Khalid turut melahirkan rasa kecewa apabila sehingga kini Kerajaan Pusat masih gagal menyiapkan projek pembinaan Hospital Shah Alam yang tertangguh beberapa kali.

“Sedangkan patutnya kalau betul-betul kerajaan buat kerja cara profesional, mereka akan buat dengan mengikut perancangan dan keperluan. Mana yang perlu disiapkan, siapkan dahulu,” kata Khalid lagi.

Semalam Dr Subramaniam mencadangkan kepada Kerajaan Pusat agar bangunan lama Hospital Kajang berusia 125 tahun diganti dengan bangunan baru yang lebih moden dan selesa.

Selain itu Dr Subramaniam juga berkata Kementerian Kesihatan sudah meluluskan peruntukan sebanyak RM10 juta bagi menaik taraf kemudahan dan kelengkapan sedia ada di Hospital Kajang.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.