Categories
NASIONAL

PR gesa RoS lulus pendaftaran sebelum 8 Mac

SHAH ALAM 18 FEB: Pakatan Rakyat (PR) hari ini menggesa Pendaftar Pertubuhan (RoS) untuk segera meluluskan pendaftaran gabungan parti tersebut sebelum bermulanya Konvensyen PR pada 8 Mac ini.

Menurut Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, permohonan pendaftaran parti gabungan tersebut dilakukan sejak dari tiga tahun lepas, namun masih belum diluluskan oleh RoS sehingga ini.

PAKATAN RAKYATSementara itu, Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail turut memberitahu PR membuat susulan status pendaftaran pada bulan lepas.

“Kita mendesak RoS segera meluluskan pendaftaran parti gabungan ini sebelum konvensyen. Ia perlu dilakukan.

“Malah kita lihat RoS pun sebelum ini ada meluluskan parti baru kenapa tidak berbuat demikian pada parti gabungan ini,” kata Saifuddin pada satu sidang media di Kuala Lumpur hari ini dipetik The Malaysian Insider.

Sidang media tersebut turut dihadiri Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke.

Sebelum ini, Pengarah Jawatankuasa Kerja Konvensyen PR ke-5, Iskandar Abdul Samad memaklumkan PR bakal menganjurkan konvensyen tahunannya yang kelima di Selangor.

Konvensyen yang bertemakan ‘Pakatan Membela Rakyat’ akan diadakan pada 8 Mac, dari jam 8.00 pagi sehingga 4.00 petang.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.