Categories
NASIONAL

PR tiada masalah hadapi pertandingan pelbagai penjuru

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 21 FEB: Petembungan lebih daripada tiga penjuru yang dijangkakan berlaku dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada 23 Mac tidak memberikan kesan besar kepada kempen Pakatan Rakyat (PR) mempertahankan kawasan itu.

Naib Presiden PKR, Tian Chua berkata, fokus pertandingan terarah kepada PR dan Barisan Nasional (BN) meskipun terdapat cabaran daripada pihak lain.

Anwar PRKKatanya, dalam Pilihan Raya Umum ke-13 lalu (PRU-13) juga menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara ISMA, PKR dan MCA.

“Tidak ada perbezaan tiga penjuru atau dua penjuru. Pengundi akan memilih diantara BN atau PKR. Saya tidak nampak akan ada perbezaan dalam PRK ini.

“Cabaran kita masih datang dari BN. Tidak ada bezanya dengan pilihan raya yang lalu,” katanya kepada Selangor Kini.

PRK DUN Kajang diadakan berikutan penyandangnya Lee Chin Cheh meletakkan jawatan.

PKR menjadi parti mengumumkan calon paling awal dengan meletakkan Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Penasihat Ekonomi Selangor.

Kemudian diikuti dengan pengumuman bekas menteri, Datuk Zaid Ibrahim.

BN pula mempertaruhkan bekas timbalan menteri, Datin Paduka Chew Mei Fun dari MCA selepas pengumuman dibuat oleh Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.