Categories
KENYATAAN MEDIA

5 telefon bimbit pemimpin PKR digodam pihak tidak bertanggungjawab

Oleh Fahmi Fadzil

Petang ini, Parti Keadilan Rakyat (PKR) enerima maklumat bahawa handphone YB Azmin Ali, YB Nurul Izzah, YB Tian Chua, YB Shamsuliskandar, YB Nik Nazmi telah digodam (hacked).

Difahamkan banyak SMS yang menyerang parti komponen Pakatan Rakyat, yang kononnya telah dihantar oleh pimpinanPKR.

Pimpinan parti tidak pernah menghantar sebarang mesej sebegitu, dan PKR  menyelar sekeras-kerasnya taktik kotor yang diguna pihak tidak bertanggungjawab yang berniat jahat dan cuba mewujudkan rasa tidak puas hati di kalangan parti-parti Pakatan Rakyat.

Usahlah guna taktik sebegini, mari bertarung di pentas politik yang sah!

* Fahmi Fadzil ialah Pengarah Komunikasi PKR

Leave a Reply

Your email address will not be published.