Categories
NASIONAL

Anwar sah bertanding Presiden PKR, Abdul Khalid Timbalan Presiden

Oleh: LIZAWATI MADFA

PETALING JAYA, 29 MAC: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sah bertanding jawatan Presiden dalam pemilihan parti itu kali ini.

Sekitar jam 11 pagi tadi, borang pencalonannya diserahkan Timbalan Bendahari Agung PKR, Low Chee Chong di ibu pejabat parti, di sini.

Pencalonan beliau dicadang bekas Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali dan disokong Chee Chong sendiri.

anwar1Pengumuman senarai calon dibuat Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat PKR, Datuk Johari Abdul dalam satu sidang media ringkas pada jam 12 tengahari tadi.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pula menyerahkan borang pencalonan bagi merebut jawatan Timbalan Presiden yang juga bakal ditandingi Tian Chua.

Untuk jawatan Naib Presiden, enam pencalonan diterima setakat ini dan mereka adalah Fuziah Salleh, Datuk Dr Mansor Othman, Baru Bian, N Surendran, Suresh Kumar, dan Mustafa Kamil Ayub.

Bagaimanapun, senarai calon yang diumumkan mungkin bertambah kerana tempoh akhir untuk menyerahkan borang penamaan calon adalah pada 5 petang ini.

pic tan sri khalid tokoh reformasiBagi peringkat cabang, tarikh penamaan calon dibuat selama dua minggu mengikut zon masing-masing, bermula 4 April hingga 13 April ini.

Tarikh pengundian pemilihan akan berlangsung selama tiga minggu mengikut pecahan zon bermula 25 April dan berakhir 11 Mei ini.

Barisan kepimpinan PKR 2014 akan diumumkan selewat-lewatnya 13 Mei ini selepas proses pengundian di seluruh negara selesai.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.