Categories
SELANGOR

Halimah: MB beri taklimat kepada Exco Selangor sebelum tandatangani MoU air

SHAH ALAM 6 MAC: Exco Selangor hari ini menyangkal kenyataan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli kononnya MOU penstrukturan semula aset air antara Kerajaan Selangor dan Kerajaan Pusat tidak telus kerana tidak dibincang dalam mesyuarat exco.

Dr Halimah Ali berkata, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sentiasa memberi taklimat kepada exco dari masa ke masa berkenaan rundingan tersebut sejak beberapa tahun.

“Malah, exco termasuk menteri besar turut hadir dalam majlis menandatangani perjanjian itu di Putrajaya 26 Februari lalu,”  katanya.

06-3“(Ia) bukan tanpa persetujuan exco tetapi (kami) OK (dengan) keputusan itu yang diberikan kerajaan pusat melalui notis ringkas,” katanya kepada Malaysia Kini, hari ini  merujuk Iskandar Abdul Samad, Elizabeth Wong, V Ganabatirau, Dr Ahmad Yunus Hairi, Abdul Khalid dan beliau sendiri.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains Teknologi dan Inovasi itu berkata, Kerajaan Pusat sebelum ini tidak memberi sebarang maklum balas positif tentang rundingan itu.

Justeru, katanya, apabila Kerajaan Pusat bersetuju membenarkan penstrukturan air dilakukan, Khalid mengambil keputusan menandatangani MOU itu untuk mengelakkan mereka berubah fikiran.

“Kerajaan negeri bimbang (Kerajaan Pusat) akan berubah fikiran, sebab itulah Tan Sri (Abdul Khalid) ambil keputusan itu,” katanya.

– FZL

Leave a Reply

Your email address will not be published.