Categories
KENYATAAN MEDIA

Kerajaan Negeri, Rakyat Selangor kongsi kesedihan tragedi MH370

Selepas lebih  dua minggu seluruh dunia dan  rakyat Malaysia  khasnya berdoa serta berharap agar penumpang dan anak kapal MH370 untuk pulang dengan selamat, akhirnya  kita   redha dan kesedihan yang tidak terbilang   dengan kesudahan tragedi pesawat tersebut yang dilaporkan berakhir di Lautan Hindi.

Saya mewakili kerajaan Selangor dan rakyat Selangor  mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mangsa dan berdoa agar Allah SWT permudahkan mereka dalam menghadapi kesedihan ini.

Dalam berkongsi kesedihan mereka, kami amat berharap orang ramai khususnya pihak media supaya menghormati ruang peribadi dan emosi setiap ahli keluarga mangsa yang terlibat  dalam menghadapi masa  yang amat mencabar dan memilukan ini.

Kerajaan Selangor sedia membantu keluarga mangsa  untuk mengadakan majlis tahlil bagi yang beragama Islam atau acara pengebumian mengikut kepercayaan masing-masing bagi yang bukan Islam.  Satu majlis tahlil akan diadakan di Masjid Negeri Shah Alam pada malam esok dan kami  berharap umat Islam   akan menyertai untuk bersama-sama  mendoakan agar roh mereka yang pergi dicucuri rahmatNYA.

Al-Fatihah

YAB TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

Leave a Reply

Your email address will not be published.