Categories
SELANGOR

Komen pimpinan pencalonan Wan Azizah sebagai calon PRK Kajang

Oleh: Lizawati Madfa

azizah1

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim : “Kita harus berbangga Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail bertanding di Selangor. Beliau antara yang menubuhkan PKR. Kita akan bekerja keras bagi memastikan kemenangan lebih besar dicapai daripada PRU-13 lepas,”

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim : “Dengan apa yang berlaku sekarang, jentera kita telah bertungkus lumus jadi kita mengharapkan sokongan padu rakyat bagi memberikan kemenangan yang baik kepada Pakatan Rakyat,”

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution : “Kita akan capai kemenangan, bukan sekadar kemenangan biasa tapi kemenangan biasa tapi kemenangan besar.

Ini berdasarkan dua faktor, kemarahan rakyat terhadap Umno-BN serta simpati terhadap Datuk Seri Wan Azizah dan Datuk Seri Wan Azizah yang dikenakan Umno-BN sejak 16 tahun lepas.”

Naib Presiden PKR,Fuziah Salleh : “Datuk Seri Wan Azizah bukan terpaksa ganti Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi beliau dipilih Pakatan Rakyat dan Parti Keadilan Rakyat.

“Beliau adalah berbeza dengan Datuk Seri Wan Azizah Ismail pada 1998. Beliau pada hari ini mempunyai kekuatan sendiri selepas dengan pengalaman sebagai Presiden PKR, Ahli Parlimen Permatang Pauh sebelum ini. Beliau bukan hanya ibu kepada anak-anaknya tetapi ibu kepada seluruh rakyat Malaysia,”

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad: “Datuk Seri Wan Azisah adalah calon yang paling layak dengan pengalamannya dan dari segi kelayakan pendidikannya. Kehadiran beliau dalam Selangor pasti dapat memantapkan lagi pentadbiran Kerajaan Negeri,”

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang : “Yang lebih penting pada hari ini kita dapat melihat ukhuwah antara parti, ┬ábegitu juga dengan penyokong yang hadir dari pelbagai parti PAS, PKR dan DAP,”

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.