Categories
KENYATAAN MEDIA

Lawatan ke Antartika telan kos RM846,000, membazir wang rakyat

Oleh: Sim Tze Tzin

Saya amat terkejut dan terpingga atas satu delegasi yang dihantar oleh Kerajaan Terengganu ke Antartika.

Mengikut jawapan kerajaan, tujuan delegasi ini adalah untuk memperkukuhkan kerjasama antara Program Penyelidikan Antartika Malaysia (MARP), Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan (YPASM) dengan Institut Penyelidikan Antartika Chile (INACH).

Antartika1Mengikut laman web MARP, sejak 1999, Kerajaan Malaysia telah membelanjakan RM13.7 juta dalam program MARP yang melibatkan lebih kurang 39 penyelidik.

Pertama, Saya kurang faham apa kena-mengena sebuah Negara tropika yang panas terik setiap hari dengan kajian perubahan iklim di Antartika.

Apa rasionalnya kita mengkaji kabatic winds untuk menyejukan salji (kabatic winds to cool the surface of continental snow surface)? Malaysia tidak ada salji.

Kita tidak menghalang sebarang penyelidikan saintifik, tetapi, kerajaan harus menjelaskan guna pakai hasil penyelidikan di antartika untuk menyelesaikan masalah perubahan iklim di Malaysia.

Yang saya pasti, untuk menyelesaikan masalah perubahan iklim, kerajaan haruslah kurangkan pengeluaran dan penggunaan minyak (fossil fuel) di Terengganu dan kurangkan penebangan hutan berleluasa di Terengganu.

Kedua, Delegasi lawatan ini adalah satu pembaziran wang rakyat. Delegasi ini telah membelanjakan sejumlah RM846,328.26 dengan purata belanja RM105,791 seorang.

Adakah wang pembayar cukai Malaysia diguna pakai dengan bijak? Dalam keadaan hutang Negara yang tinggi dan pemotongan subsidi yang mendadak, kita kesal kerajaan masih membenarkan lawatan yang cukup membazirkan.

Ketiga, delegasi “high profile” ini kebanyakan terdiri daripada ahli politik, Setiausaha Sulit MB, KSU, duta besar dan bukannya penyelidik. Hanya Prof Dato Dr. Azizan Abu Samah sahaja yang terlibat dalam National Antartica Research Center.

Maka kita nak tanya adakah ini satu lawatan sambil melancong atau lawatan penyelidikan? Kalau kita serious dengan penyelidikan, bukankah lebih baik duit hampir RM 1juta ini diberikan kepada MARP dan para penyelidik? MARP hanya dapat RM2juta dalam penyelidikan sejak Julai 2012.

Keempat, mengapa Menteri Besar mengetuai delegasi? Beliau bukan menteri Sain dan Teknologi. He has no business there.

Akhir sekali, saya ingin melahirkan kekhuatiran bahawa kerajaan sedang mempertimbangkan cadangan menubuh stesen penyelidikan Antartika Malaysia-Chile yang tetap.

Penyelidikan Antartica didominasi oleh Negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, China, UK, Canada yang mempunyai research grant yang banyak.

Dengan kemasukan Malaysia dengan bajet penyelidikan yang kecil, kita tidak akan ke mana. Nasib akhirnya akan menjadi gajah putih. Akhirnya ia akan hanya menguntungkan ahli-ahli politik yang ingin melancong ke tempat-tempat exotic sahaja.

* Sim Tze Tzin adalah Ahli Parlimen Bayan Baru

Leave a Reply

Your email address will not be published.