Categories
NASIONAL

Mahfuz: Kerajaan perlu bersihkan nama Kapten Zaharie

KUALA LUMPUR, 25 MAC: PAS meminta kerajaan segera membersihkan nama juruterbang MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah yang ikaitkan dengan kehilangan pesawat berkenaan.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, berkata perkara itu perlu dilakukan bagi memulihkan nama Zaharie daripada kaca mata rakyat Malaysia dan dunia.

“Ketika pengumuman yang dibuat kerajaan berhubung isu kehilangan MH370, perkara yang perlu dilakukan adalah membersihkan nama Kapten Zaharie.

mahfuz“Kini, sudah ada tanggapan negatif diberikan terhadap juruterbang itu dan perkara ini perlu diselesaikan segera,” katanya yang dipetik daripada Harakah Daily ketika membahas usul khas di Dewan Rakyat, di Parlimen, hari ini.

Usul khas itu dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagi menzahirkan rasa sedih, dukacita dan pilu terhadap tragedi yang menimpa pesawat MH370.

Mahfuz juga meminta kerajaan mewujudkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen bagi menyiasat dan membincangkan insiden berkenaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.