Categories
SELANGOR

MB anggap ‘musuh politik’ dalam parti adalah perkara biasa

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 1 MAC : ‘Musuh’ di kalangan ahli politik dalam sebuah parti yang sama baik daripada pihak kerajaan mahupun pembangkang adalah suatu hakikat dan perkara biasa yang perlu diterima, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

mbBeliau berkata kajian politik di negara ini menunjukkan hampir setiap parti seperti Pakatan Rakyat (PKR, PAS dan DAP) serta Barisan Nasional (Umno, MCA dan MIC) menghadapi perkara sama.

Katanya masalah sama turut dihadapi parti politik dari negara luar seperti Thailand, Venezuela dan Mesir.

Saya pun banyak ‘musuh’. Kebenaran tentang perkara ini ialah kita mesti terima hakikat bahawa politik adalah bersifat dinamik.

“Kalau kita kaji politik di negara ini baik dari PKR, DAP dan PAS, masing-masing berdepan pertengkaran, begitu juga BN seperti MIC yang pernah berpecah dan  bersatu semula.

“Tiada parti politik yang ‘steady’,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.