Categories
SELANGOR

MB: Keputusan Mahkamah Rayuan episod hitam institusi kehakiman negara

SHAH ALAM 7 MAC: Tan Sri Khalid Ibrahim menyifatkan keputusan Mahkamah Rayuan Putrajaya berhubung kes Fitnah II sebagai episod hitam dalam institusi kehakiman negara.

Menteri Besar Selangor itu kesal dengan keputusan mahkamah berkenaan yang memenjarakan semula Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Satu lagi episod hitam dalam institusi kehakiman negara. Moga Datuk Seri Dr Wan Azizah serta keluarga bersabar atas ujian dan dugaan ini,” katanya melalui twiter petang ini.

mbs

Khalid dan Anwar memiliki hubungan rapat yang berterusan apabila mereka bersama-sama memperjuangkan rakyat melalui Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Gandingan itu juga memainkan peranan penting apabila Khalid dilantik sebagai Pengarah Jentera Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang yang ditandingi Anwar.

– FZL

Leave a Reply

Your email address will not be published.