Categories
SELANGOR

MoU air: MB ambil risiko politik, ketepi ego demi kepentingan rakyat

Oleh Lizawati Madfa

SHAH ALAM 5 MAC: Perjanjian persefahaman (MoU) air antara Kerajaan Sekangor dan Kerajaan Pusat suatu permulaan baik untuk rakyat yang sepatutnya dirai, bukan dipersoal.

Pengarah Eksekutif Pusat Komunikasi Masyarakat (Komas), Tan Jo Hann, berkata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengetepi risiko politik yang besar demi kepentingan rakyat.

Beliau percaya Khalid sebagai tokoh berpengalaman dengan rekod pencapaian cemerlang, keputusan itu pasti tidak akan merugikan rakyat.

air-syabas_MBa“Kita tidak boleh elak untuk jalin kerjasama dengan Kerajaan Pusat, sama seperti pembinaan lebuh raya, jalan raya, pendidikan dan lain-lain. Ia tidak boleh dilaksanakan sendiri.

“Cuma, kita perlu hati-hati dan pastikan segala-galanya dilakukan secara telus dan berintegriti. Perkara seperti ini, saya pasti Menteri Besar lebih arif dan teliti,” katanya kepada Selangor Kini.

Komas ialah sebuah organisasi hak asasi manusia yang ditubuh pada 1993 untuk menyokong komuniti terpinggir.

Sebelum ini, Selangor menandatangani MoU dengan Kerajaan Pusat yang membolehkan pengambilalihan empat syarikat konsesi air seterusnya memlakuakn penstrukturan semula industri air.

Kata Tan, semua kerajaan sama ada peringkat negeri mahupun pusat boleh mengambil iktibar dari usahasama berkenaan demi kepentingan rakyat.

“Dalam beberapa hal, kita perlu ketepikan ego kita dalam gelanggang politik kerana jika kita berkeras, rakyat jadi mangsa.

“Tetapi dalam masa sama, kita perlu berpegang kuat pada dasar dan prinsip kita iaitu memperjuang hak dan kebajikan rakyat,” katanya.

– FZL

Leave a Reply

Your email address will not be published.