Categories
NASIONAL

Anwar: Pakatan boikot Sidang Parlimen 11 Mac

Oleh: Norhayati Umor

SHAH ALAM 8 MAC : Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memutuskan untuk tidak hadir ke Majlis Santapan yang akan turut dihadiri Perdana Menteri, Timbalan dan Ahli Parlimen Barisan Nasional.

Bagaimanapun, beliau akan hadir ke Upacan Perasmian Sidang Parlimen dan akan menghantar surat ketidakhadiran kepada Agong untuk majlis santapan itu.

Parlimen“Ia untuk menyatakan bahawa jemputan ke majlis itu tidak akan diterima kerana tanda bantah ke atas Ketua Kehakiman yang hadir.

“Buat apa nak senyum kepada orang hipokrit, yang tidak hormat perlembagaan dan yang menjadi pekakas kepada kerajaan zalim.

“Saya dan pimpinan akan sedia menghadap Tuanku bila-bila masa sahaja,” katanya dalam ucapan penutup Konvensyen Pakatan Rakyat ke lima di Pusat Konvensyen Setia City.

Manakala pada 11 Mac depan, pimpinan Pakatan Rakyat akan memboikot sidang parlimen sebagai tanda bantahan terhadap kezaliman, rasuah dan sikap memperalatkan institusi mereka.

“Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang akan mengeluarkan arahan kepada Ahli Parlimen malam ini manakala Lim Kit Siang akan memberitahu bagi DAP dan PKR akan diberi arahan oleh Azmin Ali.

Katanya, pada sesi Parlimen itu, semua Ahli Parlimen Pakatan akan diminta hadir ke penamaan calon bagi Pilihan Raya Kajang dan Mahkamah Tinggi bagi kes Karpal Singh.

“Malam esok juga saya dijemput oleh Ketua Menteri Pulau Pinang untuk melancarkan Perhimpunan Raksasa di negeri itu.

“Kita perlu siap sedia untuk hadapi serangan baru yang kuat dan hebat. Kita akan lebih kemas strategik serta angkuh untuk serang Umno-BN,” katanya.

Sementara itu, calon PRK Kajang akan diumumkan esok.

“Kita sudah tanya pandangan pimpinan Pakatan yang lain dan kita akan putuskan secepat mungkin, mungkin esok,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.