SHAH ALAM, 26 MAC: Pakatan Rakyat (PR) akan membawa usul kurang senang dengan badan kehakiman di Parlimen dan akan mendesak Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia untuk menyatakan pendiriannya.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata pihaknya akan meperincikan cara untuk membawa perkara itu ke Parlimen susulan keputusan kes beliau dan sabitan kes hasutan Ahli Parlime Gelugor, Karpal Singh, baru-baru ini.
“Ke mana lagi kita mahu pergi jika bukan Parlimen? Ke jalan raya?” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, di sini, hari ini.
Beliau turut menuduh yang badan kehakiman kini semakin bersikap perkauman dan tidak melindungi hak golongan minoriti.
“Seolah-olah seperti ada pertandingan dalam badan kehakiman untuk melihat siapa yang lebih pro-Umno. Pertandingan ini membunuh kehakiman,” katanya yang dipetik daripada Malaysia Kini.