Oleh: NAZLI IBRAHIM
SHAH ALAM, 20 MAC: Kerajaan Selangor memperkenalkan program bagi meringankan bebanan pemegang pajakan untuk memperbaharui pajakan tanah rumah kediaman mereka.
Program itu menawarkan bayaran premium sebanyak RM1,000 berbanding berdasarkan nilai hartanah seperti dipraktikkan sebelum ini.
“Kerajaan negeri melaksanakan program baru dengan pemilik tanah kediaman yang mahu memperbaharui pajakan kepada 99 tahun boleh memohon premium RM1,000 sahaja.
“Misalnya kalau di Seri Kembangan, Serdang, Petaling Jaya nilai hartanah sangat tinggi hingga mereka kena bayar RM40,000.
“Mereka boleh buat permohonan dan kena bayar premium RM1,000 sahaja,” kata Chang Khim dalam sidang media yang diadakan di Bangunan SUK di sini.
Bagaimanapun kata beliau lagi, pemilik hartanah kediaman terbabit dikenakan bayaran penuh sekiranya berhasrat menjualkan tanah itu kepada pihak ketiga.
“Sekiranya mereka mahu pindah milik kepada waris mereka anak atau cucu juga dapat keistimewaan dalam program ini.
“Jadi jelas ini satu dasar yang paling baik. Tidak ada satu negeri pun di bawah Barisan Nasional (BN) yang ada dasar seperti ini,” katanya lagi.
EZY