Categories
SELANGOR

SELCAT: MB sedia dipanggil, bantu jelas sebarang isu

Oleh : LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 25 MAC: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sekali lagi membuktikan dirinya sebagai seorang pemimpin berintegriti tinggi apabila sudi meluangkan masa menjadi saksi kepada sesi pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (SELCAT).

Ahli Panel SELCAT, Ng Suee Lim sebelum menyertai sesi soal jawab sempat memuji keberanian dan ketelusan Menteri Besar itu.

“Saya harap ini akan menjadi contoh kepada penjawat awam lain untuk mengiktiraf SELCAT,” katanya.

khalidHari ini, bertempat di Dewan Annex Bangunan SUK, di sini, Abdul Khalid buat kali pertama sejak bergelar Menteri Besar menyertai sesi pendengaran awam SELCAT.

Sejurus selesai memberi keterangan, beliau menyatakan kesediaannya untuk memberi kerjasama bagi merungkai sebarang isu yang memerlukan penjelasan.

“Saya sentiasa bersedia untuk dipanggil kerana bersetuju dengan ini (SELCAT). Saya fikir ini perlu dilakukan untuk menunjukkan ketelusan,” katanya.

BjithfkCIAAc4XpPada masa sama, beliau turut mengambil kesempatan memohon ahli panel dan hadirin yang lain memberi penghormatan kepada mangsa tragedi pesawat MAS MH370 yang diumumkan berakhir di Lautan Hindi, semalam.

“Mari kita bersama sedekahkan Al Fatihah bagi yang beragama Islam, sementara yang bukan Islam mohon berdoa ikut agama masing-masing,” katanya.

Abdul Khalid kemudian bergegas untuk ke Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur bagi menyertai Dewan Rakyat yang mula bersidang, pada 10 Mac lalu.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.