Categories
SELANGOR

SELCAT: MB arah Azlan jaga kepentingan warga kerja PKNS

Oleh : LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 25 MAC: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sekali lagi menegaskan penamatan kontrak perkhidmatan 20 staf PKNS Holdings Sdn Bhd (PHSB) awal Februari lalu bukan atas arahannya sebagai Pengerusi Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Beliau berkata, keputusan itu dilakukan Pengurus Besar PKNS yang baru dilantik, Azlan Alfiah sebagai sebahagian daripada penstrukturan semula urus pentadbiran PKNS.

Katanya, beliau memberi persetujuan selepas meneliti laporan atau kajian strategik yang dilakukan Azlan, selain mengarahkan setiausaha kerajaan negeri memantau proses pelaksanaannya.

Abdul Khalid Kredibiliti Syed Husin Menjadi Senator 2“Perkara pertama saya minta Azlan lakukan selepas mula kerja (Pengurus Besar) adalah untuk jaga kepentingan warga kerja PKNS (human resource asset), jadi beliau buat kajian dan hantar laporan kepada saya.

“Sebagai pengerusi, saya terima, baca dan mendapati sesuai untuk dilaksanakan,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan daripada ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (SELCAT) pada sesi pendengaran awam berhubung ‘Strategi Pemulihan Pengurusan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor – Pelaksanaan Integrity Pact, di sini, hari ini.

Pada 3 Februari lalu, 20 kakitangan berstatus kontrak PHSB ditamatkan perkhidmatan dan langkah itu kemudiannya diumumkan Menteri Besar mampu memberi penjimatan RM7 juta.

Mengulas penjimatan besar itu, Abdul Khalid memberitahu, jumlah berkenaan bukan sekadar membabitkan gaji tetapi turut termasuk kiraan faktor kewangan lain.

“Pengalaman saya dalam bidang korporat, kita harus juga ambil kira perkara lain seperti bayaran insurans, perubatan, perjalanan, bonus dan sebagainya.

“Saya akan memberi secara terperinci kiraan yang dibuat kepada jawatankuasa (SELCAT),” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.