Oleh Afix Redzuan
KAJANG, 16 MAC: Ahli Parlimen Batu, Tian Chua mengakui belum membuat keputusan penuh untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), dan hasratnya itu hanya 80 peratus sah.
Penyandang jawatan Naib Presiden PKR itu hanya akan pengumuman rasmi mengenai hal itu selepas Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang selesai.
“80 peratus confirm (sah). Mungkin tiga penjuru, ” katanya kepada Selangor Kini, hari ini.
Jika menyertai pertandingan itu, penyandang jawatan berkenaan, Mohamed Azmin Ali berdepan saingan getir berikutan cabaran sama turut dinyatakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.
Tarikh penamaan calon pertandingan peringkat Pusat berlangsung pada 29 Mac di ibu pejabat PKR.
Bagi peringkat Cabang, tarikh penamaan calon dibuat selama dua minggu mengikut zon masing masing bermula 4 April hingga 13 April.
Tarikh pengundian pemilihan akan berlangsung selama tiga minggu mengikut pecahan zon bermula pada 25 April dan berakhir pada 11 Mei.
Barisan kepimpinan PKR 014 akan diumumkan selewat-lewatnya 13 Mei selepas proses pengundian di seluruh negara selesai.