Categories
SELANGOR

Town Hall Meeting tingkat kefahaman masyarakat hala tuju MPSJ

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 31 MAC: Program Town Hall Meeting bakal mewarnai senarai inisiatif Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dalam usaha mengeratkan hubungan dengan masyarakat setempat.

Bahagian Komunikasu dan Korporat MPS dalam satu kenyataan berkata, selaras dengan saranan Kerajaan Negeri, usaha terbaru itu akan dilaksanakan empat kali setahun, bermula dengan Zon Kinrara diikuti Zon Sri Serdang, Zon Seri Kembangan dan Zon Subang.

“Antara objektif program ini aadalah untuk meningkatkan kefahaman penduduk tentang perancangan dan hala tuju MPSJ.

mpsj 2“Di samping itu, ia juga memberi pengetahuan teori dan praktikal berkenaan urus tadbir MPSJ kepada penduduk setempat,” katanya, di sini, hari ini.

Baru-baru ini, bertempat di Dewan Sebaguna MPSJ BK 2, Bandar Kinrara, berlangsung Town Hall Meeting pertama dengan agenda utama berkenaan projek Kinrara-Damansara Lebuhraya Expressway (Kidex).

“Selain taklimat Kidex, MPSJ turut menyediakan perkhidmatan kaunter bergerak dan kaunter aduan.

kidex2“Orang awam berpeluang membuat pembayaran cukai taksiran, pembayaran kompaun trafik serta mendaftar sebagai ahli my@mpsj untuk kemudahan atas talian,” katanya.

Kidex adalah lebuh raya baru di bawah perancangan Lembah Klang yang menghubungkan Damansara-NKVE Interchange New Klang Valley Expressway di utara ke Bandar Kinrara Selatan.

Pembinaan Kidex dijangka mampu mengurangkan masa perjalanan antara Damansara dan Kinrara sebanyak 25 peratus selain kesesakan trafik 50 peratus di kedua-dua arah Puchong dan Petaling Jaya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.