Categories
NASIONAL

Umno-BN akhirnya mengaku biayai PERKASA

Oleh : LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 20 MAC : Kerajaan Umno-BN mengesahkan pernah memberi peruntukan kepada badan bukan kerajaan (NGO), PERKASA bagi membiayai program dianjurkan.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin, berkata tindakan pembiayaan peruntukan wang rakyat kepada pertubuhan ektremis itu ternyata bertentangan dengan slogan 1Malaysia yang sering dilaungkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya, PERKASA tidak patut disuntik sumber kewangan terutama pertubuhan itu pernah mengancam isu agama dan perkauman termasuk ugutan membakar Bible, demonstrasi di gereja serta memberi sarung putih kepada orang Cina sempena Tahun Baru Cina.

“Maka terbukti, selama ini PERKASA adalah sayap kepada Umno dan mereka menjalankan segala kerja extremis demi Umno.

e866d0d8d1cb5b6d46fe2ecb4610867d_Generic“PERKASA juga selama ini mengakui 80 peratus ahli mereka Umno,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Semalam, Tze Tzin bertanya soalan lisan kepada Perdana Menteri berhubung jumlah peruntukan yang diberikan kepada PERKASA oleh Majlis Keselamatan Negara dan Biro Tatanegara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim menjawab hari ini bahawa Jabatan Perdana Menteri tidak menyediakan peruntukan khusus kepada PERKASA, tetapi sedikit peruntukan bagi membantu badan itu mengadakan seminar ‘Transformasi Ekonomi Antara Kaum dan Bangsa Teras Sebagai Asas Perpaduan Rakyat’.

Mengulas jawapan diberikan, Tze Tzin mengecam tindakan menteri yang berterusan mengelak mengumumkan jumlah sebenar peruntukan kepada PERKASA.

“Menteri elak menjawab dan menimbulkan syak bahawa jumlah peruntukan tersebut amat tinggi kerana program itu dihadiri 5,000 peserta.

“Saya sarankan menteri meningkatkan ketelusan dan bercakap benar kepada wakil rakyat yang menimbulkan soalan dewan. Jangan menyembunyikan sesuatu kerana tindakan ini seperti menaungi PERKASA,” katanya.

lmmca07ePada masa sama, Tze Tzin menggesa Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai menyatakan pendirian parti itu ke atas tindakan Kerajaan Pusat memberi peruntukan menyokong program kumpulan pelampau itu.

“Dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang, calon MCA, Chew Mei Fun berceramah dengan Ketua Penerangan PERKASA, begitu juga dengan Ketua Bahagian MCA Perlabuhan Klang juga pernah berdemo bersama dengan NGO itu. Saya menyeru pengundi di Kajang dapat melihat hipokrasi Umno-BN ini,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.