Categories
SELANGOR

112 Wifi percuma sudah dipasang

Oleh: Norhayati Umor

SHAH ALAM 15 APRIL: Sebanyak 112 unit wifi sudah ditempatkan di seluruh negeri Selangor yang meliputi di kawasan bandar dan juga luar bandar.

Exco Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Dr Daroyah Alwi berkata setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) diperuntukkan dua lokasi.

wifi-free-grafikKatanya, bagi mengenal pasti kawasan yang terpilih setiap Adun diminta untuk mengemukakan cadangan bagi memastikan semua mendapat kemudahan ini.

“Kos bagi menyediakan wifi ini adalah sebanyak RM2,740,959. 86, ia merangkumi kos sewaan internet dan penyelenggaraan selama dua tahun,” katanya dalam sidang dewan negeri.

Daroyah berkata keseluruhan kos penyelengaraan ini dibiayai oleh Perbadanan Menteri Besar (MBI) melalui Geran SelangorKu.

Daroyah turut menafikan dakwaan Halimaton Saadiah Borhan (BN-Kota Damansara) yang mendakwa perlaksanaan untuk penyelenggaraan wifi percuma hanyalah bermusim.

Katanya, perlaksanaan pemantauannya adalah dilakukan secara berterusan bahkan pemantauan ini dilakukan terus dengan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK)

“Kita sudah memanggil Adun-adun pada 20 Januari lepas untuk mengenalpasti kawasan wifi yang rosak untuk dikenal pasti dan diberikan tempat baru.

“Hingga kini, kita hanya menerima 16 maklumat balas sahaja daripada adun,” katanya.

Beliau berkata perjanjian mengenai kos penyelenggaraan ini sudah bermula sejak tahun 2013 dan akan berakhir pada pada tahun 2015.

“Pemasangan hotspot baru akan bermula pada fasa ke-2 nanti.

“Ketika itu kita akan membenarkan ADUN untuk memohon hotspot ini lagi,” katanya.

Daroyah berkata , kawasan liputan yang ada hingga kini adalah sepanjang 200 meter, dan dalam pada satu-satu masa boleh digunakan seramai 20 orang.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.