Categories
SELANGOR

ADUN BN ‘blur’, gagal faham isu MoU tanah Tropicana Corporation

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 12 APRIL: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim disaran mengadakan sesi taklimat khas berhubung soal pelaburan dan penjualan tanah di Kuala Langat kepada Tropicana Corporation selepas hampir sejam penerangan dilakukan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Jaras, Khairuddin Othman, berkata penjelasan panjang lebar dan penuh sabar daripada Abdul Khalid berkenaan urus niaga yang dimeterai tahun lalu gagal difahami pihak pembangkang.

Katanya, analogi mudah yang diberikan Abdul Khalid juga tidak banyak membantu mereka memahami perjanjian itu.

Khairuddin Othman ADUN Paya Jaras“Saya tengok Menteri Besar sudah bagi contoh baju dan teksi. Ketua Pembangkang, Datuk Shamsudin Lias (Sungai Burong) juga sudah mengaku baca Harakah, tetapi nampaknya makin ‘blur’.

“Saya yang di belakang ini faham, tetapi mereka masih tidak berapa faham. Jadi, saya minta diadakan taklimat khas menerangkan isu ini,” katanya di Sidang Dewan Negeri Selangor (DNS), di sini, semalam.

Terdahulu, Abdul Khalid ketika membentangkan hujah penggulungan dicelah wakil rakyat Barisan Nasional (BN), antaranya Sulaiman Abdul Razak (Permatang) dan Shamsudin.

DSC_8614Mereka dilihat berulang kali mempersoalkan keputusan Kerajaan Negeri menjual tanah berkenaan pada harga rendah dan mendakwa Tropicana membuat keuntungan berlipat ganda dalam masa singkat.

Abdul Khalid kemudian memberitahu bahawa Kerajaan Negeri melalui Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) akan tetap memperoleh keuntungan pada kadar minimum lima peratus.

“Saya memang tidak berapa faham, peninglah. Tetapi, yang saya tahu jumlah RM35 sekaki adalah lebih Besar daripada RM17 sekaki,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.