Oleh: NAZLI IBRAHIM
SHAH ALAM 25 APRIL: Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) kesal dengan kenyataan dikeluarkan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Komisioner Zainuddin Ahmad yang melabelkan Himpunan 1 Mei ini di Kuala Lumpur sebagai ‘haram’ dengan menggesa orang ramai agar menjauhkan diri.
Memetik satu kenyataan bersama dikeluarkan Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0, ini kerana perhimpunan golongan pekerja pada 1 Mei secara tradisinya disambut dengan perhimpunan di seluruh dunia dan hak ini juga diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.
“Polis tidak boleh menggunakan Akta Perhimpunan Aman 2012 untuk menghentikan perhimpunan tersebut.
“Pendirian Ketua Polis Daerah ini juga menunjukkan kelemahan negara ini , yang kelayakan demokrasi yang semakin merosot,” menurut kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.
BERSIH 2.0 turut menggesa pihak polis memberi komitmen bagi melancarkan perhimpunan yang disertai rakyat awam negara ini seperti mana komitmen diberikan melancarkan lawatan Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama.
EZY