Categories
NASIONAL

Fitnah 2: Petisyen Rayuan dalam proses dilengkapkan

Oleh: Norhayati Umor

SHAH ALAM 20 APRIL : Ketua Biro Undang-Undang PKR, Latheefa Koya memberitahu satu mesyuarat dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan diadakan bagi membincangkan petisyen rayuan terhadap hukuman fitnah 2 Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Latheefa berkata ia termasuk melengkapkan lagi pasukan guaman bagi berhujah dalam Mahkamah Persekutuan selepas Peguam Anwar, Karpal Singh maut dalam kemalangan awal Khamis lalu.

Anwar-Karpal-Singh-300x199“Saya bersama peguam Zaleha Al Hayat akan bersama dengan pasukan peguam Karpal untuk menyiapkan petisyen itu.

“Kami juga akan mengkaji penghakiman Mahkamah Rayuan untuk turut menyumbang kepada rayuan itu,” katanya.

Beliau berkata ketika ini perkara yang penting adalah memfailkan petisyen rayuan tepat pada masanya.

Bagaimanapun, katanya, pihaknya mungkin akan memohon untuk melanjutkan masanya kerana kematian Karpal sesuatu yang tidak dijangka.

Sebelum ini, Karpal memberitahu akan memfailkan petisyen itu pada 24 April ini.

Firma guamannya menerima asas penghakiman pada Rabu yang bermakna bermulanya permulaan tempoh 10 hari sebelum petisyen rayuan perlu difailkan.

Petisyen rayuan itu perlu difailkan di Mahkamah Persekutuan sebelum 25 April ini.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.