Categories
SELANGOR

MB: Prinsip PR semak semula perjanjian konsesi lebuh raya

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM 11 APRIL : Kerajaan Selangor tidak bercadang untuk mengambilalih dua syarikat konsesi lebuh raya yang terdapat di negeri ini.

Hal ini kerana, kos pengambilalihan konsesi lebuh raya lebih tinggi berbanding konsesi air memandangkan harga membuat jalan tidak tetap.

dnsMenteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Pakatan Rakyat (PR) tetap dengan pendirian untuk menyemak semula perjanjian konsesi lebuh raya dan memansuhkannya sekiranya konsesi berkenaan telah mendapat keuntungan yang sepatutnya.

“Untuk mengambil alih air pun dah teruk, kalau ambil alih lebuh raya lebih besar masalahnya,” katanya di Dewan Negeri Selangor (DNS).

Menjawab soalan yang dikemukakan Adun Batang Kali, Mat Nadzari Ahmad Dahlan, Abdul Khalid berkata, Selangor memiliki pegangan saham didalam dua konsesi lebuh raya melalui Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Kumpulan Darul Ehsan Berhad melalui anak syarikatnya Kumpulan Perangsang Berhad memiliki 20 peratus pegangan ekuiti dalam konsesi KL-Barat Holdings Berhad (Sprint) dengan Jumlah pelaburan bernilai RM131.7 juta.

Katanya, sepanjang tempoh 2008-2013, Sprint telah merekodkan kerugian kerana tidak dapat mengisytiharkan dividen kepada pemilik-pemilik saham.

Sementara PKNS pula memiliki 30 peratus pegangan dalam konsesi Lebuhraya Kesas Holdings (Kesas) dengan nilai pelaburan RM141.2 juta.

Jelas Adun Pelabuhan Klang lagi, PKNS mencatatkan keuntungan dividen yang sudah dibayar melebihi RM25 juta.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.