Categories
NASIONAL

MH370: Kenapa transkrip komunikasi ambil masa lama untuk didedahkan?

Oleh: AFIX REDZUAN

KUALA LUMPUR 2 APRIL: Pakatan Rakyat (PR) mempersoalkan tindakan Kerajaan BN yang mengambil masa terlalu lama untuk mendedahkan transkrip komunikasi antara pesawat MH370 dengan menara komunikasi.

Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang berkata, transkrip itu sepatutnya didedahkan lebih awal kerana pihak luar mula menunding jari seolah-olah Malaysia ‘menyembunyikan’ maklumat.

transkrip“Kenapa mahu tutup transkrip? Kenapa tidak dikeluarkan lebih awal?

“Tidak ada apa-apa yang menunjukkan sesuatu yang berniat jahat (berdasarkan transkrip).

“Dari segi ketelusan perkara ini sangat mustahak. Kita perlu mengambil iktibar daripada perkara ini,” katanya di Lobi Parlimen.

Katanya, kerajaan juga perlu mengambil berat pandangan awam melalui tinjauan yang dibuat Merdeka Centre yang menyatakan rasa tidak puas hati berhubung cara pengendalian kes ini.

transkrip1Jelasnya, kritikan yang diberikan orang awam tidak boleh ditafsirkan sebagai anti-nasional mahupun tidak cintakan negara sebaliknya diberikan perhatian dan mengambil langkah lebih baik untuk diselesaikan.

Hasil tinjauan badan bebas mendapati 50 peratus rakyat Malaysia tidak berpuas hati cara Putrajaya mengendalikan krisis ini ketika kritikan dan percanggahan maklumat ke atas Malaysia semakin memuncak.

Manakala hanya 43 peratus sahaja yang berpuasa hati mengenai perkara itu.

Dalam sidang media sama, Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar memohon penjelasan Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamudin Tun Hussein sama ada mereka akan mengambil tindakan kepada media dalam negara.

merdeka MH370Ia ekoran media yang menafsirkan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan ‘penerbangan MH370 berakhir di Selatan Lautan Hindi’ dengan gambaran pesawat berkenaan terhempas.

Selain itu, beliau turut meminta penjelasan berhubung kerajaan untuk menghubungi syarikat Boeing dan Rolls Royce untuk mendapatkan maklumat mengenai siasatan ini.

Sementara itu, turut dimaklumkan pemimpin Pakatan Rakyat akan dipanggil pada Selasa minggu hadapan untuk mendengar taklimat mengenai proses siasatan kehilangan MH370 susulan pembatalan taklimat yang sepatutnya berlangsung malam semalam.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.