Categories
NASIONAL

Nurul Izzah: Kerajaan Pusat digesa beri penjelasan 1MDB diberi tender solar secara terus

SHAH ALAM 8 APRIL: Kerajaan Pusat digesa memberikan penjelasan berkenaan tindakan menganugerahkan tender secara langsung kepada 1Malaysia Development Fund (1MDB) bagi projek loji tenaga solar.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, berkata projek loji solar 50MW melibatkan 500 ekar tanah di Kedah itu, dianugerah melalui tender langsung meskipun rekod dan kepakaran 1MDB diragui.

nurul izzah parlimen 11.10.2012 01“Kerajaan perlu jelaskan mengapa buat tender secara terus kepada 1MDB walhal Sustainable Energy Development Authority (SEDA) juga telah buat bidaan untuk kuota tenaga tetap antara 1MW dan 5MW pada tahun 2012,”

“Projek solar 1MDB akan ceroboh kawasan TNB, selain itu kemasukan 1MDB akan meminggirkan syarikat kuasa solar yang lebih kecil,” kata Nurul Izzah dalam satu kenyataan media.

Jelas Nurul Izzah, 1MDB dilihat memonopoli projek kuasa solar bermula dengan pembelian aset lebih RM10 bilion termasuk aset kuasa Tanjong, Jimah dan Genting, 2000MW projek arang batu dan 50MW untuk projek panel solar.

Selain itu, beliau turut mempersoalkan rekod dan kepakaran 1MDB untuk menguruskan projek solar dan satu kajian perlu dilakukan untuk mengenalpasti kesan kepada penduduk setempat.

Tambah Izzah, kos projek untuk loji solar 50MW dianggarkan sehingga RM900 juta walaupun harga sel solar dilihat menurun dan ini merupakan satu strategi kerajaan sebagai sebahagian daripada program rasionalisasi subsidi.

“Kerajaan perlu segera jelaskan jenis bantuan yang diberikan kepada projek itu untuk menampung selera kuasa 1MDB,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.